Saturday, January 22, 2011

Pelaburan Emas Yang Terdapat Di Malaysia

Salam,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai pelaburan emas yang boleh dilakukan di Malaysia.Terdapat 3 jenis kategori emas

A) Emas perhiasan atau lebih dikenali sebagai emas barang kemas.
B) Emas fizikal ataupun gold bar
C) Emas simpanan dalam bentuk akaun simpanan emas

Saya akan perhalusi satu demi satu bagi memudahkan pemahaman anda semua selepas ini.



A) Barang Kemas:




Rantai, Gelang, Cincin, Subang.
Tip-tip untuk membeli barang kemas
1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong ataupun Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan.

2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.Elakan membeli barang kemas selain 999 atapun 916. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.
3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.


4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.
5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.
6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%



B) Emas Fizikal:

Terdapat pelbagai emas fizikal yang dijual di Malaysia. Public Gold, Pam Suisse, Kijang Emas, Kuwait Gold (sekadar menyebut beberapa contoh)

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:


• Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
• Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik dapat guna Teknik Ar-Rahnu
• Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9
• Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
• Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
• Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau 

  sumbing,resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.


Kijang Emas Maybank
•Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
•Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
•Tidak boleh lock harga.
•Tidak boleh booking.
•Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
•Stok sering habis.



OUB

•Boleh dibeli di OUB Utama sahaja.
•Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%),
 Singapore Lion (2%)
•Perlu dapatkan sendiri di OUB.
•Stok selalu habis
•Mesti bawa resit asal masa jual balik
•Tidak boleh buka sarung
•Tidak beli semula jika tercalar.

Bunga Raya


Boleh didapati di kedai Poh KOng
•Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
•Spread 15%-25%.
•Buka sarung tolak harga.


Public Gold


    
 •Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.
•Spread 5%-6% sahaja
•Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
•Boleh booking dan lock harga 24 jam.
•Independent Assayer yang SAH di Malaysia

Pamp Suisess







•Boleh dibeli di kedai emas tertentu.
•Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
•Buka sarung tolak harga.
•Kalau emas minting, ada workmanship cost, kalau casting tidak ada workmanship cost

C) Emas Akaun (GIA):

Gold Investment Account (Public Bank atau Maybank)
Public Bank menyediakan perkhidmatan akaun pelaburan emas (Gold Investment Account).


Akaun pelaburan emas Public Bank ini tidak memberikan interest, sebaliknya keuntungan adalah daripada kenaikan harga emas.

Untuk membuka akaun ini, anda cuma pergi ke cawangan Public Bank yang berhampiran. Jumpa pegawai customer service dan beritahu bahawa anda ingin membuka akaun gold investment.

Amaun minimum untuk membuka akaun ini ialah 20 gram (ikut harga emas semasa). Untuk pembelian emas seterusnya minimum ialah 5 gram

Sebagai contoh, jika harga semasa emas ialah RM100/gram, maka anda kena sediakan RM2000 sebagai permulaan. Harga emas akan berubah hari-hari mengikut harga emas semasa

Contohnya.


Katakan rate pada 1 Julai 2008 ialah:
harga jualan emas = RM98 per gram ( harga bank jual pada anda)
harga belian emas = RM95 per gram (harga bank beli daripada anda)

Jika anda hendak membeli 5 gram emas, maka anda kena bayar RM98 x 5gram = RM490
Jika anda menjual 5 gram emas kepada bank,
maka bank akan membayar anda RM95 x 5 gram = RM475

Untuk memastikan akaun ini aktif, pelanggan perlu mengekalkan sekurang-kurangnya 2 gram didalam akaun. Servis cas RM10 akan dikenakan pada awal tahun sekiranya jumlah emas didalam buku simpanan kurang dari 10 gram pada hujung tahun.

Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.Untuk pembelian seterusnya, minima 5 gram diperlukan.

Pengeluaran emas fizikal.( Untuk kepastian tentang pengeluaran emas fizikal ini pada masa ini anda perlu menanya pegawai bank maybank kerana saya mendengar baru2 ini tiada lagi pengeluaran emas fizikal dibenarkan )

Pemegang akaun simpanan emas Maybank boleh mengeluarkan emas fizikal jika mahu. Maybank menyediakan emas fizikal dalam berat 10gram, 20gram atau 50gram.Pelanggan perlu membayar kos insurans dan penghantaran jika mahu mengeluarkan emas fizikal.

Saya dapati perbezaan harga belian dan jualan Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public bank.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KFH Gold Account-i maka anda boleh membaca di website KFH disini http://www.kfhonline.com.my/
Jongkong Emas KFH Gold Account-i mempunyai ketulenan 995.0
Harga Emas KFH Gold Account-i


Harga emas harian KFH Gold Account-i boleh dilihat di dalam laman web KFH.Alamatnya ialah: http://www.kfhonline.com.my/

Daripada harga emas tersebut didapati spread diantara harga belian dan jualan adalah RM6 segram.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengalaman
Encik Syukor Hashim (sifu jutawan emas ) membuka akaun KFH Gold Account-i.

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka akaun KFH Gold Account-i di KFH cawangan Kuala Lumpur di Etiqa Twins, Jalan Pinang, KL. Hehehe.. excited nak mencuba.

So saya nak share dengan anda semua pengalaman ini
Kebetulan waktu saya sampai kesana, saya sorang ajer customernyer.. so terus dapat layanan dari Pegawai KFH.

Mula-mula kena apply untuk bukak akaun saving. Lepas tu baru apply akaun KFH Gold Investment-i

Bagi akaun individu, anda boleh membuka akaun KFH Gold Account-i dengan minima 10 gram emas.

Anda boleh ambil jongkong emas tersebut kalau mahu tetapi perlu menyimpan minima 2 gram emas di dalam akaun.
(contoh: kalau buka akaun dengan minima 10 gram maka anda boleh keluarkan jongkong emas sebanyak 8 gram sahaja)

Kalau nak tambah lagi pelaburan, anda perlu membeli minimum 5 gram.
Kalau nak jual emas tersebut, anda hanya perlu bawa emas atau statement akaun ke KFH dan jual emas tersebut mengikut harga belian semasa.
Semasa membuka akaun tersebut saya telah meminta untuk mendapat emas fizikal.
Jadi saya diberikan 8 gram jongkong emas (5 gram sekeping dan 1 gram x 3 keping)

Penting! Syarat-syarat tambahan KFH Gold Account-i.

Memandangkan jongkong emas yang diberi oleh KFH itu telah di laminate dan tidak boleh dibuka, saya bertanya kepada pegawai KFH samada saya boleh buka sarung laminate emas ini untuk digadaikan ( in case nak rolling duit)

Malangnya saya dimaklumkan bahawa untuk menjual balik jongkong emas ini terdapat beberapa syarat yang dikenakan oleh KFH diantaranya:

1. Sarung plastik jongkong emas ini tidak boleh dibuka
2. Sarungnya tidak boleh calar
3. Sarung plastik emas ini tidak boleh bengkok

Jika berlaku situasi diatas maka emas ini tidak akan diterima terus oleh KFH.

Pergh… agak malang kerana kita tidak boleh membuat teknik manipulasi emas (seperti teknik Ar-Rahnu untuk mendapat wang daripada emas fizikal).

Jadi, jika anda membuka KFH Gold Account-i, maka anda cuma boleh mendapat keuntungan dengan membeli ketika harga rendah dan menjual semula apabila harga emas naik.
Walaupun saya mendapat emas fizikal, namun tak berapa excited sebab tak boleh nak buka sarung tu.. so confirm tak boleh nak pergi ke Ar-Rahnu jika nak pakai cash

Jika anda berminat untuk membuka KFH Gold Account-i, maka anda boleh membuka akaun tersebut di semua cawangan KFH di seluruh Malaysia.

Buat masa ini KFH mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bharu, Penang, Kelang dan Kuching sahaja. So bagi mereka yang tinggal di negeri lain maka susah lah sikit.

Daripada kajian saya, maka saya boleh membuat rumusan berikut.

Kelebihan KFH Gold Account-i.

1. Produk yang patuh syariah kerana menawarkan emas fizikal kepada pelanggan
2. Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 995.0)
3. Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
4. Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.

Kekurangan KFH Gold Account-i



Sebagaimana Public Bank Gold saving account, Maybank juga menyediakan akaun pelaburan emas.




Emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).Untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran.Amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 5 gram.


Bagaimana melihat harga emas harian Maybank?



1. Kualiti emas 995.0 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.9 .
2. Spread RM5 (sederhana tinggi)
3. Cawangan yang terhad
4. Emas boleh dibeli dan dijual ketika office hour KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
5. Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
6. Tak boleh digadaikan kerana emas di laminate, jadi anda tak boleh
membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.


p.s Jika anda mahu menggunakan teknik Ar-Rahnu bagi menjana keuntungan maka anda perlu membeli emas fizikal yang tidak dilaminate contohnya UOB gold coin, Syiling Kijang Emas dan emas Public Gold dan Public Dinar.


Kesimpulannya.


First sekali, tahniah saya ucapkan kepada Kuwait Finance House kerana menawarkan KFH Gold Account-i yang mematuhi kehendak syariah. Ia sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan emas.


Pelancaran produk KFH Gold Account-i ini telah memberikan gambaran yang jelas bahawa trend melabur di dalam emas telah mendapat perhatian institusi perbankan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


selepas anda telah membaca artikel ini saya rasa anda semua sudah paham kategori2 emas yang terdapat di Malaysia dan cara yang sesuai untuk anda menjadikannya pilihan anda untuk perlaburan.


jika berminat untuk membeli emas atau menjadi agen Public Gold bolehlah menghubungi saya di talian 0124270144 ( Ahmad Badrul )






No comments:

Post a Comment