Saturday, January 22, 2011

Pelaburan Emas Yang Terdapat Di Malaysia

Salam,

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai pelaburan emas yang boleh dilakukan di Malaysia.Terdapat 3 jenis kategori emas

A) Emas perhiasan atau lebih dikenali sebagai emas barang kemas.
B) Emas fizikal ataupun gold bar
C) Emas simpanan dalam bentuk akaun simpanan emas

Saya akan perhalusi satu demi satu bagi memudahkan pemahaman anda semua selepas ini.



A) Barang Kemas:




Rantai, Gelang, Cincin, Subang.
Tip-tip untuk membeli barang kemas
1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong ataupun Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan.

2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.Elakan membeli barang kemas selain 999 atapun 916. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.
3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.


4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.
5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.
6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%



B) Emas Fizikal:

Terdapat pelbagai emas fizikal yang dijual di Malaysia. Public Gold, Pam Suisse, Kijang Emas, Kuwait Gold (sekadar menyebut beberapa contoh)

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:


• Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
• Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik dapat guna Teknik Ar-Rahnu
• Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9
• Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
• Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
• Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau 

  sumbing,resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.


Kijang Emas Maybank
•Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
•Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
•Tidak boleh lock harga.
•Tidak boleh booking.
•Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
•Stok sering habis.